Seorang pembantu tadbir di Pejabat Kadi Daerah Kluang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap 21 pertuduhan membuat tuntutan palsu mengajar kelas agama berjumlah keseluruhan RM16,800, antara 2015 dan 2016.
Tertuduh, Norlizah Mohd Jani, 45, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut kertas pertuduhan, Norlizah, yang bertugas di Pejabat Kadi Daerah Kluang, didakwa sebagai ejen kerajaan Malaysia (iaitu Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) dengan disedari mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu iaitu Borang Tuntutan Sagu hati Mengajar di Bawah Rancangan Kelas Takmir Masjid dan Surau, sedangkan aktiviti tersebut tidak dijalankan dan ia bermaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Norlizah yang tidak mempunyai tauliah untuk mengajar dan menerima elaun sebagai Guru Takmir didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pejabat Kadi Daerah Kluang antara Jan 2015 dan Sept 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan mengikut mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Ikhwan Ihsan Jalaludin, yang menawarkan wang jaminan RM30,000 terhadap tertuduh, namun, peguam Salleh Tugimin memohon jaminan yang rendah dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan tertuduh berpendapatan sekitar RM2,500 serta memiliki tiga anak.
Kamarudin kemudian menetapkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarah tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 15 Okt depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
Hakim menetapkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan.
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.
COVID-19: Pengarah urusan ditahan palsu dokumen mohon bantuan Perkeso
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.
Pengarah Urusan ditahan palsukan dokumen bernilai RM22 juta
Pengarah Urusan ditahan untuk bantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen dengan butiran palsu melibatkan tender bernilai lebih RM22 juta.
Pembantu tadbir mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu RM16,800
Tertuduh, Norlizah Mohd Jani, 45, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Kakitangan JPJ hadapi empat pertuduhan palsukan pendaftaran kenderaan
Nik Hazrihairi Nik Kasim, 34, dan Nurul Hanim Abu Bakar, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.